Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Wednesday, February 24, 2010

INFO & TIP (KESIHATAN)

IMPLIKASI BURUK AKIBAT MINUM AIR SEJUK @ BERAIS


ASSALAMUALAIKUM..Bagi sesiapa yang gemar minum minuman sejuk @ berais boleh berdepan dengan pelbagai penyakit antaranya ialah masalah paru-paru. Apabila seseorang  itu meminum air sejuk, saluran esofagus (bahagian saluran makanan yang terletak antara tekak dan perut) dan alveolus (unit terkecil bagi paru-paru) akan menjadi sejuk.
Keadaan ini dikatakan akan menyebebkan proses kondensasi wap air sehingga air terkumpul dalam alveolus. Air yang terkumpul dalam alveolus akan menyebabkan ia tidak dapat menjalankan pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida dengan baik.
Semakin banyak air yang terkumpul semakin sukarlah paru-paru menjalankan fungsinya. Ini menyebabkan individu yang gemar minum air sejuk sering cepat mengah apabila melakukan aktiviti lasak kerana proses pertukaran udara di paru-paru tidak mencukupi.

Sunday, February 21, 2010

CETUSAN ILMU (ILMIAH)

BERSOLAT,DOA BOLEH ATASI MASALAH TEKANAN

Apabila anda berdepan dengan masalah, lazimnya diri akan diselubungi dengan pelbagai jenis tekanan malahan fikiran juga boleh menjadi bercelaru kerana memikirkan masalah yang tiada penghujung . Bagi meringankan tekanan yang anda hadapi , disini ada beberapa cara dan juga kaedah yang patut diketahui dan diamalkan untuk meringankan tekanan yang anda hadapi :


  • Setiap masalah ada hikmahnya, seperti dapat mengugurkan dosa. Nabi s.a.w bersabda, maksudnya : " Tidaklah seorang Muslim ditimpa penyakit, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya, seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya. " ( Hadis riwayat Al-Bukhari )

Thursday, February 11, 2010

secebis kalam....

Assalamualaikum..
Alhamdulilah akhirnya terhasil juga sebuah blog hasil cetusan saya yang diberi tajuk My Brain Storm.Di dalam blog ini saya menulis tentang pelbagai topik dan aspek, antara topik yang saya tulis di blog ini adalah seperti aspek kesihatan , dakwah , isu semasa dan bermacam-macam lagi topik menarik untuk dikongsi bersama rakan-rakan. Dan melalui penulisan saya ini juga rakan-rkan boleh mendapat sedikit input dan tips yang berguna dan boleh diamalkan didalam kehidupan kita. Akhir kalam, terima kasih kepada sesiapa yang sudi mengunjungi dan membaca blog saya ini...Wassalam...

BEST SONG

 

©2009 My BrAiN sToRm | by TNB