Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Tuesday, March 30, 2010

INFO & TIP ( KESIHATAN )


COKLAT BERMANFAAT??? 

ASSALAMUALAIKUM..
Coklat adalah salah satu makanan yang menjadi kegemaran hampir setiap orang, terutamanya remaja dan juga di kalangan wanita. Coklat terhasil daripada pencampuran koko dan juga hasil tenusu, namun kini coklat telah ditambah dengan pelbagai bahan yang lain antaranya seperti kekacang dan juga tambahan perisa seperti stawberi yang menjadi kegemaran pada masa kini. Kebanyakkan coklat digunakan untuk membuat kek ataupun pastri dan juga dibentukkan menjadi kepingan supaya mudah bagi penggemar makanan ini untuk menikmatinya. Namun tidak ramai yang mengetahui mengenai manfaat sebenar coklat.
Daripada hasil kajian dan juga penelitian dari ramai pihak telah membuktikan bahawa coklat memliki khasiat yang tersendiri untuk kesihatan. Zat yang terdapat pada coklat yang terdiri daripada anti oksida memang diyakini bermanfaat kepada kesihatan manusia. Selain itu dengan memakan coklat kita dapat menghilangkan stress yang dialami dan akan melahirkan rasa tenang dan nyaman selepas kita memakananya. Selain itu dengan rasa pahit yang terdapat di coklat boleh mengurangkan risiko penyakit jantung dan tekanan darah tinggi. Pemilihan coklat mestilah tepat kerana tidak semua coklat yang mengandungi bahan yang berkhasiat. Terdapat juga coklat-coklat yang di pasaran yang mengunakan bahan- bahan yang boleh memudaratkan kesihatan kita sekiranya kita makan secara berlebihan, antaranya kandungan gula dan lemak yang berlebihan digunakan dalam pembuatan coklat. Jika kta mahu mendapat manfaat daripada pemakanan yang berunsurkan coklat, mestilah melihat dahulu kepada kandungan dan kuantiti bahan yang diletak di dalam colat tersebut..Semoga kepada pengemar coklat mendapat manfaat daripada makanan kegemaran ini. WASSALAM.

CETUSAN ILMU ( ILMIAH )

KEISTIMEWAAN BERSEDEKAH DI JALAN ALLAH

ASSALAMUALAIKUM..
Sepertimana yang telah kita sedia maklum berkenaan dengan keistimewaan dan kelebihan membelanjakan harta kita di jalan Allah ataupun dengan kata nama lain amalan bersedekah. Harta yang dimaksudkan disini bukanlah hanya dengan wang ringgit Malahan kita boleh bersedekah melalui ilmu pengetahuan yang kita ada. Apabila kita bersedekah dengan niat hanya kerana Allah, sesungguhnaya ganjaran yang bakal deberikan kepada kita semua adalah sangat besar.

Sunday, March 28, 2010

ISU SEMASA

ISU PEMBUANGAN DAN PENDERAAN BAYI

ASSALAMUALAIKUM...
Jika kita melihat bayi yang masih kecil ataupun yang masih baru dilahirkan kita,pasti hati kita akan merasa gembira dan sayang terhadap bayi itu.Melihat bayi yang masih merah itu membuatkan kita merasai kebesaran tuhan.Namun pada masa kini saban hari kita menonton dan membaca berita berkenaan dengan pembungan bayi dan juga masalah penderaan bayi.Mengapakah manusia sekarang ini tiada lagi sifat kasih sayang dan berperikemanusiaan terhadap anak-anak yang apatah lagi yang masih kecil dan tidak mengerti apa-apa lagi.Tatkala saya terbaca berita mengenai penderaan bayi yang masih kecil saya menjadi sedih dan marah terhadap orang yang sanggup memperlakukan bayi sedemikian rupa.

Saturday, March 27, 2010

MY PERSONAL STORIES

ASSALAMUALAIKUM..
Tiba-tiba saja aku teringatkan tentang salah seorang anak saudaraku.Dan aku ingin sekali berkongsi cerita  mengenai salah seorang daripada anak buah kesayangku yang diberi nama Sofiyyah anak kepada kakakku yang baru berusia dua tahun. Walaupun aku sudah mempunyai 18 orang anak buah yang terdiri dari 13 lelaki dan 5 orang perempuan. Terlalu mendalam.namun kasih sayangku terhadap Sofiyyah lain daripada anak-anak saudaraku yang lain.mungkin kerana keletahnya dan sikapnya yang suka belajar sesuatu yang baru menyebabakan aku begitu sayang padanya. Antara cerita yang paling digemarinya adalah upin & ipin dan saya pasti ramai kanak-kanak yang begitu mengilai cerita animasi tersebut.begitu juga dengan soffiyah. Pantang kalau saya balik kampung dia pasti akan menyuruh saya memainkan cerita tersebut. Kadang-kadang penat juga hendak melayan keletahnya kerana dia adalah seorang budak yang agak aktif dan agresif. Namun melihat keletahnya menyebabkan aku sentiasa berasa senang dan gembira.

Friday, March 26, 2010

INFO & TIP ( KESIHATAN )

 ADAKAH AIS MEMBERI MANFAAT??

ASSALAMUALAIKUM..
Jika sebelum ini saya ada menulis berkenaan dengan kesan buruk akibat dari meminum minuman sejuk ataupun berais.Namun pada kali ini saya ingin berkongsi sedikit maklumat dan juga tip berkenaan dengan kebaikan menggunakan ais. Seperti mana yang kita ketahui bahawa ais kebiasaanya hanya digunakan di dalam minuman sahaja  Ais juga sebenarnaya memberi manfaat kepada kita namun tidak ramai yang mengetahui menyedari manfaat ais yang sebenarnaya. Selain daripada digunakan di dalam minuman seharian kita ais juga dapat melegakan beberapa jenis penyakit antaranya apabila kita mengalami luka dan juga pendarahan kecil di anggota badan kita,kita boleh mengunakan ais untuk menghentikan pendarahan. Saya pasti kaedah ini telah ramai yang mencubanya dan terbukti berkesan untuk menghentikan pengaliran darah akibat luka. Selain itu sekiranya kulit kita mengalami gigitan serangga,kita juga boleh meletakan ais pada bahagian yang bengkak akibat gigitan tersebut tersebut selama 5 hingga 10 minit dan INSYALLAH bengkak tersebut akan beransur surut. Kita juga boleh mengunakan ais untuk menghilangkan sakit kepala ataupun magrin.kita hanya perlu meletakkan ais yang telah dibalut dengan kain dan letakkan dikepala,rasa sakit akan berkurang selepas itu. jikalau kita berasa tension ataupun kepenatan kita juga boleh menggunakan air di dalam air mandian kita,selepas itu kita akan berasa segar seumpama selepas kita membuat rawatan spa. Saya berharap agar suma pembaca dapat mempraktikan sedikit maklumat dan juga tips yang bermanfaat di dalam kehidupan seharian anda..WASSALAM...

Friday, March 19, 2010

CETUSAN ILMU (ILMIAH)


TANDA-TANDA SEBELUM KEDATANGAN HARI KIAMAT

ASSALAMUALIKUM...Disini saya ingin menyampaikan sedikit gambaran mengenai gambaran sebelum kedatangan hari kiamat.Sepertimana yang kita ketahui sesungguhnya hari kiamat itu adalah benar dan kita sekarang sudah semakin hampir dengan kedatangan hari itu.Kita sesama manusia telah menjadi tanggungjawab saya untuk saling mengigati antara satu sama lain.Semoga apa yang saya coretkan ini akan dapat menyedarkan kita yang semakin lalai ini ,INSYALLAH.

Hadis Sahih Bukhari, daripada Abu Hurairah ra, bahawa Rasullah s.a.w bersabda :
  • Sebelum berlakunya hari kiamat akan berlakunya peperangan antara dua pasukan yang besar, yang antara keduanya timbul peperangan besar, sedang seruan antara keduanya adalah sama.
  • Dan sebelum lahir beberapa dajjal yang memang pandai menipu dan berbohong , hampir seramai 30 orang yang akan mengaku bahawa dirinya utusan daripada ALLAH.
  • Dan sebelum ilmu diambil, dan banyak berlaku kemusnahan, masa menjadi semakin cepat, kekacauan bermaharajalela dan banyak berlaku huru-hara iaitu pembunuhan.

Friday, March 12, 2010

ISU SEMASA

BENCANA ALAM...

ASSALAMUALAIKUM.. 
Pada masa kini semakin banyak berlakunya bencana alam antaranya seperti gempa bumi, letusan gunung berapi, tsunami dan juga banjir besar yang melanda hampir seluruh dunia.Gempa bumi telah menjadi satu isu yang kerap diperkatakan oleh seluruh rakyat di dunia pada masa kini.Ini kerana kita telah digemparkan dengan satu gempa bumi yang amat dashyat di Haiti pada awal tahun ini, negara itu telah mengalmi gegaran yang berukuran 7.0 pada skala richter sehingga mengemparkan seluruh dunia sehingga dengan mengorbankan hampir 200,000 orang. Selepas gempa bumi melanda Haiti, muncul pula beberapa negara lain yang turut mengalami musibah yang sama. Saban hari kita mendengar dan membacanya di surat khabar , televisyen dan juga di radio mengenai bencana gempa bumi yang melanda beberapa negara. Selain dari Haiti antara negara lain yang turut dilanda gempa bumi adalah seperti negara Chile, Turki, Taiwan dan juga Indonesia.Gempa bumi yang melandaTurki baru-baru ini yang berukuran 6.0 pada skala richter dan telah mengorbankan 57 nyawa dan  mengakibatkan hampir 100 orang cedera. Jika kita renungkan kembali adakah semua yang berlaku ini hanya musibah ataupun ujian semata-mata, ataupun ada yang tersirat disebalik apa yang berlaku pada masa kini.Apa yang penting ialah kita tidak boleh lalai dan leka dengan kesenangan dan kegembiraan yang kita kecapi pada masa kini.....

BEST SONG

 

©2009 My BrAiN sToRm | by TNB