Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Friday, March 19, 2010

CETUSAN ILMU (ILMIAH)


TANDA-TANDA SEBELUM KEDATANGAN HARI KIAMAT

ASSALAMUALIKUM...Disini saya ingin menyampaikan sedikit gambaran mengenai gambaran sebelum kedatangan hari kiamat.Sepertimana yang kita ketahui sesungguhnya hari kiamat itu adalah benar dan kita sekarang sudah semakin hampir dengan kedatangan hari itu.Kita sesama manusia telah menjadi tanggungjawab saya untuk saling mengigati antara satu sama lain.Semoga apa yang saya coretkan ini akan dapat menyedarkan kita yang semakin lalai ini ,INSYALLAH.

Hadis Sahih Bukhari, daripada Abu Hurairah ra, bahawa Rasullah s.a.w bersabda :
  • Sebelum berlakunya hari kiamat akan berlakunya peperangan antara dua pasukan yang besar, yang antara keduanya timbul peperangan besar, sedang seruan antara keduanya adalah sama.
  • Dan sebelum lahir beberapa dajjal yang memang pandai menipu dan berbohong , hampir seramai 30 orang yang akan mengaku bahawa dirinya utusan daripada ALLAH.
  • Dan sebelum ilmu diambil, dan banyak berlaku kemusnahan, masa menjadi semakin cepat, kekacauan bermaharajalela dan banyak berlaku huru-hara iaitu pembunuhan.

  • Dan sebelum harta melimpah ruah di kalangan kamu sehingga orang yang berharta menginginkan orang yang akan menerima sedekahnya, lalu ditawarkannya tetapi orang yang ditawarkan sedekah itu mengatakan bahawa dia tidak lagi memerlukannya. dan sebelum orang ramai bermegah-megah dengan bangunan-bangunan yang besar.
  • Dan sebelum matahari terbit di tempat terbenamnya, dan apabila ia terbit dan dilihat oleh manusia maka mereka pun beriman seluruhnya, tetapi ketika itu keimanan tidak berguna lagi bagi orang yang belum beriman sebelumnya.
Itulah antara kejadian yang akan berlaku sebelum hari kiamat, kita sebagai orang muslim hendaklah sentiasa ingat bahawa hari kiamat itu semakin hampir dengan kita.Janganlah kita leka dengan kemewahan dan kesenangan dunia,tetapi hendaklah kita memperbanyakkan amal ibadat kita untuk dijadikan bekalan di akhirat kelak.wassalam...

0 comments:

BEST SONG

 

©2009 My BrAiN sToRm | by TNB