Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Sunday, March 28, 2010

ISU SEMASA

ISU PEMBUANGAN DAN PENDERAAN BAYI

ASSALAMUALAIKUM...
Jika kita melihat bayi yang masih kecil ataupun yang masih baru dilahirkan kita,pasti hati kita akan merasa gembira dan sayang terhadap bayi itu.Melihat bayi yang masih merah itu membuatkan kita merasai kebesaran tuhan.Namun pada masa kini saban hari kita menonton dan membaca berita berkenaan dengan pembungan bayi dan juga masalah penderaan bayi.Mengapakah manusia sekarang ini tiada lagi sifat kasih sayang dan berperikemanusiaan terhadap anak-anak yang apatah lagi yang masih kecil dan tidak mengerti apa-apa lagi.Tatkala saya terbaca berita mengenai penderaan bayi yang masih kecil saya menjadi sedih dan marah terhadap orang yang sanggup memperlakukan bayi sedemikian rupa.
 Sepatutnya kita bersyukur dengan setiap kelahiran bayi di muka bumi allah ini.sesungguhnya ia adalah satu rahmat kepada kita semua.Saya terfikir mengenai permasaalahan ini apakah dosa yang telah dilakukan oleh bayi-bayi ini sampai sanggup orang menderanya sehingga mati dan ada bayi yang didera sehingga mendatangkan kecederaan yang serius.tidakah orang itu berasa bersalah kerana perbuatannya, adakah perbuatan itu hanya berasaskan perasaan marah,dendam ataupun iri hati. Jikalau kita melihat kembali pada zaman jahiliah dulu,memang terdapat pembunuhan terhadap bayi yang baru lahir.Tetapi sekiranya bayi tersebut adalah perempuan pasti dia akan ditanam hidup-hidup.Namun  pada zaman ini manusia sudah tidak lagi mengira jantina yang penting dia hanya mahu melepasakan kemarahannya itu. Sungguh tagik dan kasihan melihat penderitaan yang dialami oleh bayi yang tidak mengerti apa-apa. Kita perlu menanamkan kesedaran di dalam diri kita sendiri adakah kita sanggup generasi baru kita pupus disebabkan nafsu dan amarah kita sendiri?? fikir dan renungkanlah...WASSALAM..

0 comments:

BEST SONG

 

©2009 My BrAiN sToRm | by TNB