Sunday, February 21, 2010

CETUSAN ILMU (ILMIAH)

BERSOLAT,DOA BOLEH ATASI MASALAH TEKANAN

Apabila anda berdepan dengan masalah, lazimnya diri akan diselubungi dengan pelbagai jenis tekanan malahan fikiran juga boleh menjadi bercelaru kerana memikirkan masalah yang tiada penghujung . Bagi meringankan tekanan yang anda hadapi , disini ada beberapa cara dan juga kaedah yang patut diketahui dan diamalkan untuk meringankan tekanan yang anda hadapi :


  • Setiap masalah ada hikmahnya, seperti dapat mengugurkan dosa. Nabi s.a.w bersabda, maksudnya : " Tidaklah seorang Muslim ditimpa penyakit, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya, seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya. " ( Hadis riwayat Al-Bukhari )


  • Bersabar dengan apa yang menimpa. " Wahai anakku, dirikanlah solat, dan suruhlah (manusia) berbuat kebaikan dan laranglah (mereka) daripada melakukan perbuatan mungkar dan bersabarlah atas segala yang menimpamu. Sesungguhnya demikian itu termasuk pekara yang penting. " ( Luqman : 17 )


  • Adanya masalah, kesakitan dan kesusahan, membolehkan manusia membezakan di antara keselesaan (nikmat) dan kesengsaraan (bala). Justeru, ketika inilah manusia dapat menjiwai erti kesyukuran.


  • Kesulitan, masalah dan kesempitan akan menyedarkan manusia betapa kerdilnya diri sebagai hamba, sekaligus menyedarkan diri akan keagungan dan kekuasaan Allah. " Orang-orang yang apabila ditimpa musibah , mereka berkata " Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali. " ( Al-Baqarah : 156 )


  •  Kita perlu menyedari bahawa hakikat kehidupan ini tidak akan lari daripada masalah, cuma bezanya kecil atau besar masalah yang dihadapi. Namun setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.

0 comments:

BEST SONG

 

©2009 My BrAiN sToRm | by TNB