Wednesday, February 24, 2010

INFO & TIP (KESIHATAN)

IMPLIKASI BURUK AKIBAT MINUM AIR SEJUK @ BERAIS


ASSALAMUALAIKUM..Bagi sesiapa yang gemar minum minuman sejuk @ berais boleh berdepan dengan pelbagai penyakit antaranya ialah masalah paru-paru. Apabila seseorang  itu meminum air sejuk, saluran esofagus (bahagian saluran makanan yang terletak antara tekak dan perut) dan alveolus (unit terkecil bagi paru-paru) akan menjadi sejuk.
Keadaan ini dikatakan akan menyebebkan proses kondensasi wap air sehingga air terkumpul dalam alveolus. Air yang terkumpul dalam alveolus akan menyebabkan ia tidak dapat menjalankan pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida dengan baik.
Semakin banyak air yang terkumpul semakin sukarlah paru-paru menjalankan fungsinya. Ini menyebabkan individu yang gemar minum air sejuk sering cepat mengah apabila melakukan aktiviti lasak kerana proses pertukaran udara di paru-paru tidak mencukupi.

Namun menurut Pensyarah Kanan atau Pakar Perunding Bedah Jantung dan Paru-paru, Pusat Perubatan Universiti Perubatan Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Mohd. Ramzisham, amalan minum air sejuk tiada kaitan dengan masalah paru-paru berair. Bagaimanapun, amalan ini tidak sihat kerana ia akan menyebabkan tubuh badan kita menjadi sejuk dan secara tidak langsung tidak sihat untuk tubuh badan kita. Pilihan yang terbaik ialah menjadikan air suam sebagai minuman harian kita kerana minuman tersebut amat bagus untuk kesihatan badan kita.
Berdasarkan maklumat tersebut, amalan minum air sejuk atau ais bukanlah penyebab kepada penyakit paru-paru. Namun bagi menjaga kesihatan yang berpanjangan, sebaiknya kita kurangkan amalan seperti ini. Biarpun tiada bukti saintifik yang menunjukkan amalan ini merosakkan paru-paru, namun kesihatan tubuh badan kita harus diutamakan sebelum ia menjadi parah.

2 comments:

MissTunSalma said...

salam alaik atul....
info dan tips yang manfaat kpd pembaca...a'a kan x baik klu selalu minum minuman yang ada ais batu ni...x sihat untuk ksihatan kita

RABI'AH KA'AB said...

wslm...thnks atas komen akak..

BEST SONG

 

©2009 My BrAiN sToRm | by TNB