ASSALAMUALAIKUM..Bagi sesiapa yang gemar minum minuman sejuk @ berais boleh berdepan dengan pelbagai penyakit antaranya ialah masalah paru-paru. Apabila seseorang itu meminum air sejuk, saluran esofagus (bahagian saluran makanan yang terletak antara tekak dan perut) dan alveolus (unit terkecil bagi paru-paru) akan menjadi sejuk.
Keadaan ini dikatakan akan menyebebkan proses kondensasi wap air sehingga air terkumpul dalam alveolus. Air yang terkumpul dalam alveolus akan menyebabkan ia tidak dapat menjalankan pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida dengan baik.
Semakin banyak air yang terkumpul semakin sukarlah paru-paru menjalankan fungsinya. Ini menyebabkan individu yang gemar minum air sejuk sering cepat mengah apabila melakukan aktiviti lasak kerana proses pertukaran udara di paru-paru tidak mencukupi.