Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Friday, March 12, 2010

ISU SEMASA

BENCANA ALAM...

ASSALAMUALAIKUM.. 
Pada masa kini semakin banyak berlakunya bencana alam antaranya seperti gempa bumi, letusan gunung berapi, tsunami dan juga banjir besar yang melanda hampir seluruh dunia.Gempa bumi telah menjadi satu isu yang kerap diperkatakan oleh seluruh rakyat di dunia pada masa kini.Ini kerana kita telah digemparkan dengan satu gempa bumi yang amat dashyat di Haiti pada awal tahun ini, negara itu telah mengalmi gegaran yang berukuran 7.0 pada skala richter sehingga mengemparkan seluruh dunia sehingga dengan mengorbankan hampir 200,000 orang. Selepas gempa bumi melanda Haiti, muncul pula beberapa negara lain yang turut mengalami musibah yang sama. Saban hari kita mendengar dan membacanya di surat khabar , televisyen dan juga di radio mengenai bencana gempa bumi yang melanda beberapa negara. Selain dari Haiti antara negara lain yang turut dilanda gempa bumi adalah seperti negara Chile, Turki, Taiwan dan juga Indonesia.Gempa bumi yang melandaTurki baru-baru ini yang berukuran 6.0 pada skala richter dan telah mengorbankan 57 nyawa dan  mengakibatkan hampir 100 orang cedera. Jika kita renungkan kembali adakah semua yang berlaku ini hanya musibah ataupun ujian semata-mata, ataupun ada yang tersirat disebalik apa yang berlaku pada masa kini.Apa yang penting ialah kita tidak boleh lalai dan leka dengan kesenangan dan kegembiraan yang kita kecapi pada masa kini.....

0 comments:

BEST SONG

 

©2009 My BrAiN sToRm | by TNB