Tuesday, March 30, 2010

CETUSAN ILMU ( ILMIAH )

KEISTIMEWAAN BERSEDEKAH DI JALAN ALLAH

ASSALAMUALAIKUM..
Sepertimana yang telah kita sedia maklum berkenaan dengan keistimewaan dan kelebihan membelanjakan harta kita di jalan Allah ataupun dengan kata nama lain amalan bersedekah. Harta yang dimaksudkan disini bukanlah hanya dengan wang ringgit Malahan kita boleh bersedekah melalui ilmu pengetahuan yang kita ada. Apabila kita bersedekah dengan niat hanya kerana Allah, sesungguhnaya ganjaran yang bakal deberikan kepada kita semua adalah sangat besar.
 Dalam surah Al-Baqarah ayat 261 hingga 265, sesungguhnya Allah telah menyatakan mengenai kelebihan bersedekah.
  • Dalam surah Al-Baqarah ayat 261" Perumpamaan orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah adalah seumpama sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, dan pada setiap tangkai itu mempunyai seratus biji. Allah akan melipatgandakan bagi barang siapa yang Dia kehendaki , sesungguhnaya Allah itu Maha Pemurah dan Maha Mengetahui ".
  • Dalam surah Al-Baqarah ayat 262 menyebut bahawa barangsiapa yang membelanjakan hartanya di jalan Allah, kemudian tidak mengiringi apa yang dia belanjakan itu dengan menyebut-nyebutnya dan juga menyakiti (perasaan penerima), mereka akan memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tdak bersedih hati.
  • Dalam surah Al-Baqarah ayat 263 pula menyebut bahawa perkataan yang baik dan pemberi maaf lebih baik daripada bersedekah yang diiringi dengan tindakan yang menyakitkan.Dan Allah Maha Kaya dan Maha Penyabar.
  • Dalam ayat 264 berkata " Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu merosakkan sedekah kamu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti ( perasaan penerima), seperti orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari Kiamat. Dan mereka tidak akan memperoleh sesuatu pun dari apa yang mereka kerjakan. Dan sesungguhnya Allah tidak akan member petunjuk kepada orang-orang kafir.
  • Dan perumpamaan orang yang membelanjakan hartanya hanya untuk mencari keredaan Allah dan meneguhkan jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buah-buahan dua kali ganda. jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka embun pun memadai. Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.


1 comments:

mhsam said...

blnje mkn jom

BEST SONG

 

©2009 My BrAiN sToRm | by TNB