Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Tuesday, March 30, 2010

INFO & TIP ( KESIHATAN )


COKLAT BERMANFAAT??? 

ASSALAMUALAIKUM..
Coklat adalah salah satu makanan yang menjadi kegemaran hampir setiap orang, terutamanya remaja dan juga di kalangan wanita. Coklat terhasil daripada pencampuran koko dan juga hasil tenusu, namun kini coklat telah ditambah dengan pelbagai bahan yang lain antaranya seperti kekacang dan juga tambahan perisa seperti stawberi yang menjadi kegemaran pada masa kini. Kebanyakkan coklat digunakan untuk membuat kek ataupun pastri dan juga dibentukkan menjadi kepingan supaya mudah bagi penggemar makanan ini untuk menikmatinya. Namun tidak ramai yang mengetahui mengenai manfaat sebenar coklat.
Daripada hasil kajian dan juga penelitian dari ramai pihak telah membuktikan bahawa coklat memliki khasiat yang tersendiri untuk kesihatan. Zat yang terdapat pada coklat yang terdiri daripada anti oksida memang diyakini bermanfaat kepada kesihatan manusia. Selain itu dengan memakan coklat kita dapat menghilangkan stress yang dialami dan akan melahirkan rasa tenang dan nyaman selepas kita memakananya. Selain itu dengan rasa pahit yang terdapat di coklat boleh mengurangkan risiko penyakit jantung dan tekanan darah tinggi. Pemilihan coklat mestilah tepat kerana tidak semua coklat yang mengandungi bahan yang berkhasiat. Terdapat juga coklat-coklat yang di pasaran yang mengunakan bahan- bahan yang boleh memudaratkan kesihatan kita sekiranya kita makan secara berlebihan, antaranya kandungan gula dan lemak yang berlebihan digunakan dalam pembuatan coklat. Jika kta mahu mendapat manfaat daripada pemakanan yang berunsurkan coklat, mestilah melihat dahulu kepada kandungan dan kuantiti bahan yang diletak di dalam colat tersebut..Semoga kepada pengemar coklat mendapat manfaat daripada makanan kegemaran ini. WASSALAM.

3 comments:

Wanie... said...

yes...i like chocolate very much...hehe..a'ah chocolate mmg bgus utk kta...bleh hlgkn tension..make us happy..

mhsam said...

mkn bnde sedap stress mmg arr leh turun
tp stress juge bergantung pd emosi
klo kite mkn apepepon n mind setting kite ckp bnde nih bgs tuk stress..so emosi kite akn ok

asma' mohd yusof said...

SETUJU.. coklat ada manfaat dan kekurangan,,, kena berpada2
(atul n_n)

BEST SONG

 

©2009 My BrAiN sToRm | by TNB