Saturday, March 27, 2010

MY PERSONAL STORIES

ASSALAMUALAIKUM..
Tiba-tiba saja aku teringatkan tentang salah seorang anak saudaraku.Dan aku ingin sekali berkongsi cerita  mengenai salah seorang daripada anak buah kesayangku yang diberi nama Sofiyyah anak kepada kakakku yang baru berusia dua tahun. Walaupun aku sudah mempunyai 18 orang anak buah yang terdiri dari 13 lelaki dan 5 orang perempuan. Terlalu mendalam.namun kasih sayangku terhadap Sofiyyah lain daripada anak-anak saudaraku yang lain.mungkin kerana keletahnya dan sikapnya yang suka belajar sesuatu yang baru menyebabakan aku begitu sayang padanya. Antara cerita yang paling digemarinya adalah upin & ipin dan saya pasti ramai kanak-kanak yang begitu mengilai cerita animasi tersebut.begitu juga dengan soffiyah. Pantang kalau saya balik kampung dia pasti akan menyuruh saya memainkan cerita tersebut. Kadang-kadang penat juga hendak melayan keletahnya kerana dia adalah seorang budak yang agak aktif dan agresif. Namun melihat keletahnya menyebabkan aku sentiasa berasa senang dan gembira.
Jika saya dan abang saya mahu balik ke nilai pasti dia akan menangis mahu ikut dan abang saya terpaksa dukung dan membawanya jalan dahulu setipa kali sebelum pulang.jika saya teringatkan telatahnya pasti sya akan tersenyum sendirian.Namun yang membuatkan aku risau terhadapnya ialah sikapnya yang  tidak suka makan. Sehingga sekarang amat sukar untuk suruh supaya dia makan.Dia hanya minum air sahaja, puas kakakku serta ibuku memikirkan cara untuk membuatkanya makan namun tidak berhasil.Jikalu dia makan pun dengan kuantiti yang amat kecil.tapi dia tetap aktif seperti kanak-kanak lain malah lebih akitif lagi berbanding anak-anak saudaraku yang lain .aku berharap agar suatu hari nanti dia bakal menjadi seseorang yang berguna pada bangsa,agama dan negara satu hari nanti..INSYALLAH..

2 comments:

RABI'AH KA'AB said...

kasih sayang amat penting dalam diri setiap insan..

NurAsh said...

moga kelak, anda miliki anak yg sebegitu ya..bila, ha itu yg kita tak tau..haha~

BEST SONG

 

©2009 My BrAiN sToRm | by TNB